
Terbaring di atas katil, setelah menjenguk Leyman yang sedang bermain komputer tadi. Leyman juga suka menari ballet. Ok, ini bukan cerita pasal Leyman. Meraba-raba papan kekunci dan mengharap papan kekunci yang ditekan adalah papan kekunci huruf yang betul yang ingin di type tanpa melihat papan kekunci. Ok, cuba bilang berapa banyak papan kekunci daa @#$%&*. Mouse di scroll di atas perut yang tidak buncit, ya tidak buncit dan itu adalah kebenaran. hehe
Tiba-tiba aku teraba benda yang tak sepatutnya lalu page ini di refresh. bodoh bodoh! Nasib baik Tumblr telah mengambil langkah awal, unsaved post.
Ok, sambung.
Malam tadi bukanlah seperti yang semua orang sangkakan. Birthday eve? hahaha biasa saja. Tiada apa yang special nya pada aku, malahworst!
Eh? Tak tak. Mak telah membuat lasagnia (ejaan pada kotak San Remo adalah- Lasagna. Ejaan yang betul sila google sendiri atas kemalasan yang menghasut-hasut dalam diri). Kakak dan aku juga telah membeli kek hari jadi aku sendiri, habis tebal muka aku nasib baik abang Secret Recipe tu tak tahu yang aku sedang membeli kek hari jadi sendiri ha ha. Ahh abang tu tak kreatif la, habis comot kek hari jadi aku. Die tak reti nak tulis angka sembilan yang aku suruh tulis di atas kek hari jadi aku. Tapi pandai pulak die tulis Happy Father’s Day dengan begitu kreatif. What the.. Lain kali aku nak tulis sendiri, aku tahu apa macam mana nak piping icing atas kek, bukan bangga. Habis rusak kek gua. Sebagai balasan, aku telah menyuruh abang tu tambah love love atas kek dan memberikan aku sembilan belas batang lilin *semua yang kecik-kecik tu ok ahahah mampus lo. Takpe, aku bayar tax untuk itu.
Tapi aku mahukan Chocolatechips walnut atau pun Oreo cheesecake bukan Cheeze choc. Kepada yang berkenaan, please take note haha
Akhir kata, wahh hebat! walaupun terkedek-kedek dan banyak kali backspace, aku berjaya menghasilkan satu entry dalam keadaan yang aku nyatakan di atas tadi.
Hebat! ini satu kemajuan di hari jadi saya kahkahkah
Selamat pagi semua, kenapa semua tidur lagi ni? bangun!
No comments:
Post a Comment