Friday

Jumaat


Harini hari Jumaat, hari Jumaat dekat terengganu adalah weekend. Jadi aku patut kemas bilik, kemas bilik, kemas bilik, kemas beg baju asasi dulu tu hahaha dan tolong ibu dan ayah, ceh, membasuh kereta yang bukan aku punya (tak payah pun takpe) dan kemas bilik lagi.


Rancangan diet ke-6 apa cerita? nampaknya kena rasmikan rancangan diet ke-7 kerana semalam aku telah membaham (gerunnya) seekor ayam yang sangat sedap. seekor ya, takpun 3/4 ayam itu telah berada dalam perut aku. kemudian pergi ke pasar malam dan membeli apam balik mini? wah sangat sedap. jarang dapat jumpa di terengganu. dan seperti biasa pada hari Khamis malam, polis di Dungun akan mengganas dengan membuat roadblock di merata-rata tempat. Along yang cuak kerana kekecilannya dikhuatiri polis tidak percaya umurnya telah 21 tahun. what?! ya, 21 tahun, sudah TUA, telah menyuruh aku yang duduk di depan supaya memakai seat belt, baiklah.

No comments:

Post a Comment